Posts

Showing posts from October, 2017

Tempat tempat yang menarik di Lumut

Image
  Tempat tempat yang menarik di Lumut Daerah Manjung sebelum 1973 dikenali sebagai daerah Dinding. Pada zaman pemerintahan British, atau lebih tepat lagi zaman Negeri-negeri Selat terbentuk, Dinding menjadi sebahagian daripada Pulau Pinang. Susulan daripada perjanjian Pangkor, kerajaan Perak terpaksa menyerahkan Dinding kepada Pulau Pinang dan hanya dikembalikan semula selepas 10 tahun, iaitu pada tahun 1937. Menariknya menurut cerita, alasan Sultan Perak untuk menuntut kembali Dinding adalah kerana tanpa Dinding, Perak akan kekal sebagai negeri tidak berpantai ! Kini daerah Manjung merangkumi Sitiawan, Lumut, Pangkor, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir dan Beruas dengan pusat pentadbiran di Seri Manjung. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi di  Manjung;   1.      Teluk Batik Teluk batik terletak dalam daerah manjung yan