Tempat tempat yang menarik di Lumut

 Tempat tempat yang menarik di Lumut

Daerah Manjung sebelum 1973 dikenali sebagai daerah Dinding. Pada zaman pemerintahan British, atau lebih tepat lagi zaman Negeri-negeri Selat terbentuk, Dinding menjadi sebahagian daripada Pulau Pinang. Susulan daripada perjanjian Pangkor, kerajaan Perak terpaksa menyerahkan Dinding kepada Pulau Pinang dan hanya dikembalikan semula selepas 10 tahun, iaitu pada tahun 1937.

Menariknya menurut cerita, alasan Sultan Perak untuk menuntut kembali Dinding adalah kerana tanpa Dinding, Perak akan kekal sebagai negeri tidak berpantai ! Kini daerah Manjung merangkumi Sitiawan, Lumut, Pangkor, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir dan Beruas dengan pusat pentadbiran di Seri Manjung.


Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi di  Manjung;
 1.     Teluk Batik
Teluk batik terletak dalam daerah manjung yang terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor. Jarak dari pusat bandaraya Ipoh ialah kira kira 85km.dari utara semenanjung Malaysia. Boleh menggunakan plus dan ikut susur keluar changkat Jering . Manakala dari selatan pulak ikut susur keluar Sungkoi atau Bidor.

Sebelum dinamakan Teluk Batik, pantai ini dikenali Teluk Batak kerana pada suatu ketika dulu pantai ini menjadi penempatan kaum Batak. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Sejak itu pantai ini semakin dikenali meskipun pada awalnya pantai ini begitu sepi kerana kurang mendapat perhatian pelancong  tempatan. Ditambah pula kini ia menjadi lokasi Pesta Laut Lumut semasa cuti penggal persekolahan.

Anda boleh bersantai diatas pasir, berkelah dibawah pokok- pokok rhu yang merimbun atau berjalan-jalan di gigi air dan menikmati suasana pantai yang mendamaikan. Setelah penat, anda boleh berehat dan menyewa kerusi pantai dengan harga RM3 sahaja. Bagi yang membawa anak-anak, pelampung turut disewa dengan kadar RM5 - RM10 mengikut saiz.

2. Pangkor

Asal Usul Pulau Pangkor
Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari negara China telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar, mereka membawa bersama isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka masa panjang. Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor, ribut dan ombak besar telah melanda Pulau Pangkor. Lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan tersebut sering disebut maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena kejadian tersebut.
Pulau Pangkor adalah antara pulau yang sering menjadi  tempat perhatian yang menarik untuk dikunjungi. Tarikan yang utama adalah airnya yang jernih dan cantik serta hidupan laut yang indah

Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.
Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Feri dinaiki di Lumut, selama 20 minit. Mulai 2003, tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.

Antaranya Kota Belanda, Batu Bersurat, dan Pantai Puteri Dewi 
 kota belanda
 batu bersurat

pantai puteri dewi

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan perkhidwatan sewa bolehlah berhubung 
🚗 Kereta Sewa Manjung & Chauffeur Service
📞 019-3112414 / 011- 32431799
📱www.wasap.my/60193112414/HargaSewaanKereta
📺 www.lumutcarrental.com

Comments